Background Information

SEJARAH DEWAN PENGINAPAN PELAJAR BANK MUAMALAT

DPP Bank Muamalat merupakan salah sebuah daripada 15 buah kolej kediaman pelajar di Universiti Utara Malaysia iaitu pada 1 November 2000 telah menyaksikan Universiti Utara Malaysia mengorak langkah dengan pembukaan sebuah lagi kolej Kediaman yang baru iaitu DPP Bank Muamalat, ia dibuka bagi menampung penginapan pelajar yang semakin bertambah. Penempatan baru yang dibuka ini ialah sebagai usaha yang berterusan bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kerja-kerja pembinaan bangunan baru ini telah bermula sejak 20 Jun 1999 dan dikenali sebagai Gugusan Asenia, berupaya menampung seramai 3000 pelajar pada satu-satu masa dan terdiri daripada Blok AP3 dan AP4. Bangunan ini telah disiapkan dan diserahkan kepada UUM pada 16 Oktober 2000.

Penempatan awal pelajar telah bermula pada sesi November 2000/2001 dengan seramai 1500 orang pelajar. Bermula sesi Mei 2001, pentadbiran kolej telah dibahagikan kepada dua iaitu Asenia I (Blok AP1 dan AP2) dan Asenia II (Blok AP3 dan AP4). Seramai 1214 orang pelajar lelaki yang pada asalnya penghuni di AP3 dan AP4 telah dipindahkan ke Kolej Asenia I dan diganti dengan pelajar perempuan.

Mulai 16 September 2003, Kolej Asenia II telah dimasyurkan sebagai Kolej Bank Muamalat. Pemasyuran Kolej Kediaman Bank Muamalat telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sabar Abdul Rahman, Naib Presiden Eksekutif Bahagian Sokongan Korporat, Bank Muamalat. Oleh kerana penstrukturan baru Universiti, maka kolej juga turut menerima perubahan iaitu nama Kolej ditukarkan kepada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) bermula tahun 2008. DPP Bank Muamalat telah diterajui oleh Pengetua yang pertama iaitu Prof Madya Asma Bee binti Mohd Noor dan Pengetua kedua iaitu Cik Amy Azura. Pengetua ketiga ialah Kapt Aznita Samsi dan kesinambungan kecemerlangan kolej ini diteruskan oleh Dr Mohd Khairuddin Kasiran selaku Pengetua keempat serta Dr.Sahadah binti Haji Abdullah selaku Pengetua kelima. Terkini, DPP Bank Muamalat diterajui oleh seorang pengetua muda dan berkaliber, Dr. Nazli Binti Mahdzir.

Moto DPP "Ceria Wanita Pintar Bertindak" dijadikan semangat oleh setiap warga DPP kerana kesemua penghuninya adalah wanita dan selaras untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan dan ukhwah dikalangan pelajar-pelajar tanpa mengira perbezaan kaum. Matlamat utamanya adalah menonjolkan jiwa waja wanita tidak mudah menyerah kalah dan memastikan kegemilangan DPP dapat dicapai melalui usaha menyeluruh warga DPP.

DPP bukan hanya menjadi sebagai tempat penginapan semata-mata tetapi juga sebagai pusat pembangunan akademik dan juga sahsiah pelajar. Pelbagai kemudahan asas pelajar seperti surau, bilik bacaan, makmal komputer, gelanggang-gelanggang permainan dan internet. Pihak Pentadbiran Kolej dan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) turut menjalankan aktiviti bagi memberikan pendedahan dan kemahiran berguna kepada pelajar-pelajarnya.

Adalah menjadi harapan pihak pentadbiran DPP agar semua warga DPP Bank Muamalat mampu menjadi mahsiswa yang berwawasan, berdedikasi, cemerlang, berketerampilan, mempunyai sifat-sifat intelektual yang tinggi, bermoral dan beretika hasil daripada harapan semua sumber dan kemudahan yang disedikan DPP ini.

Dewan Penginapan

Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat,,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.

Tel: 04-928 4454
Fax : 04-928 4456
E-mail: dppbankmuamalat@uum.edu.my

Office Hour

Our support Hotline is 

available 8 Hours a day

Sunday - Wednesday: 8.00am to 5.00pm

Thursday: 8.00am to 3.30pm

Weekend & Public: Closed

Rest: 1.00pm to 2.00pm

 

Kiraan Pengunjung

Today3
Yesterday23
This week150
This month576
Total2578