News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

PENGANJURAN  PROGRAM  AYUH  KE  SURAU (SIRI 1)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA  (UUM) – Program “Ayuh Ke Surau” bagi siri pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mac 2016 yang bertempat di surau laluan C. Program ini merupakan anjuran Biro Kerohanian di bawah Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) DPP Bank Muamalat yang akan tamat pada 26 Mei 2016 lengkap dengan enam buah siri kesemuanya. Siri pertama ini merupakan giliran blok AP4 portion A dan D namun penyertaan juga dibuka seluas-luasnya. Sambutan yang amat menggalakkan telah kita peroleh bukan sahaja daripada pelajar siswi DPP Bank Muamalat sendiri bahkan turut menerima penglibatan siswi daripada DPP Bank Rakyat serta DPP SME Bank dengan jumlah penyertaan seramai 81 orang.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengimarahkan surau laluan C melalui penglibatan siswi DPP Bank Muamalat itu sendiri. Aktiviti yang diadakan terdiri daripada solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, bacaan surah Yassin serta takzirah maghrib yang diketuai oleh pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Ustaz Zaree Bin Zakaria.

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP Bank Muamalat: Satu program yang julung kali dilaksanakan oleh barisan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa DPP Muamalat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar UUM. Program Jom Kurus Jom Sihat 2016 yang dijalankan ini melibatkan seramai 36 pelajar UUM yang bersemangat mengurangkan berat badan dan meningkatkan tahap stamina untuk kekal sihat.

Program ini dijalankan selama sebulan bermula 15 March 2016 sehingga 29 April 2016. Semua aktiviti dijalankan pada Selasa dan Jumaat.

Aktiviti ini dipimpin oleh beberapa orang jurulatih cekap dan gigih untuk membantu para pelajar menurunkan berat badan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah tarian zumba, jogging di sekitar UUM, mendaki puncak Vista dan Futsal. Selain itu aktiviti seperti Flying Fox, Core tabata, menjelajah hutan Sintok dan berbasikal ke Bukit Tangga akan dijalankan tidak lama lagi.

"Memandangkan Malaysia mempunyai bilangan obesiti tertinggi di Asia, jadi program ini merupakan penyelesaian terbaik bagi para pelajar untuk mengurangkan berat badan melalui pengamalan gaya hidup sihat," kata Syazreen seorang jurulatih program ini.

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

HEP ONLINE:  Seramai 51 peserta kem kepimpinan pelajar anjuran DPP Bank Muamalat dan Yayasan AlBukhari telah berjaya mengharungi 3 hari yang penuh cabaran mental dan fizikal di Kem Murni, Gopeng, Perak pada 10 Februari 2016 sehingga 12 Februari 2016. Para peserta program ini terdiri daripada Pengetua, Penolong Pengetua dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS)  kedua-dua DPP.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat berpasukan, keyakinan, jati diri, serta mengeratkan hubungan antara JKPS kedua-dua DPP bagi menghadapi cabaran tahun 2016.

Pelbagai aktiviti mencabar telah dilalui termasuklah merentas belantara, memanjat bukit, menuruni cerun curam, water rafting dan menjejaki mitos Batu Tiga Beradik semasa menerokai keindahan Bukit Jahang yang kaya dengan khazanah flora dan fauna.

Sekian.

Page 1 of 2

Search

Dewan Penginapan

Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat,,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.

Tel: 04-928 4454
Fax : 04-928 4456
E-mail: dppbankmuamalat@uum.edu.my

Office Hour

Our support Hotline is 

available 8 Hours a day

Sunday - Wednesday: 8.00am to 5.00pm

Thursday: 8.00am to 3.30pm

Weekend & Public: Closed

Rest: 1.00pm to 2.00pm

 

Kiraan Pengunjung

Today3
Yesterday23
This week150
This month576
Total2578