News

Discover UUM DPP Bank Muamalat

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

DEWAN PENGINAPAN PELAJAR BANK MUAMALAT:  Bersempena dengan Discover UUM Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Muamalat telah menganjurkan program
Discover UUM-USIM.  Program ini merupakan program kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) dan Jawatankuasa Kebajikan Siswi Kolej Kediaman Sutera Indah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Discover UUM  diperkenalkan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak.  Program ini adalah untuk menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara melawat  kampus yang memiliki khazanah alam flora dan fauna serta landskap unik di kawasan utara tanah air serentak  kempen Discover Kedah 2016 yang dianjurkan kerajaan negeri.
Seramai 35 mahasiswi dan 3 orang pegawai pengiring daripada USIM menginap DPP Bank Muamalat selama 2 hari 1 malam. Terdapat pelbagai aktiviti dirancang  sepanjang program termasuklah forum yang membincangkan tentang kekangan bajet dan cara-cara mengatasinya serta sukan rakyat. Pelbagai acara sukan dipertandingkan,  antaranya kerusi muzik, bola beracun, kepit jangan tak kepit dan tabata.

Pada malam pula diadakan Malam Kebudayaan UUM - USIM di Dewan Mawar DPP Bank Muamalat. Peserta program membuat persembahan dengan kreativiti masing-masing. Malam kebudayaan berakhir dengan memuji nama Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Keesokannya, mahasiswi USIM dibawa mengelilingi kampus UUM.
Dr Faizal Md. Hanafiah Penolong Pengetua DPP Bank Muamalat berkata melalui Program Discover UUM – USIM para pelajar dapat bertukar pendapat, ilmu dan pengalaman tentang pengurusan dan pelaksanaan program.

Nurul Afifah Binti Elias, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Siswa/Siswi USIM berkata,  “Universiti Utara Malaysia adalah suatu tempat yang menjaga dan memelihara alam semula jadi. Pemandangan yang bersih dan cukup indah ini membuatkan saya dan rakan-rakan berat hati untuk meninggalkan khazanah alam indah ini. Saya berharap agar program ini diteruskan lagi pada masa akan datang.”

Search

Dewan Penginapan

Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat,,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.

Tel: 04-928 4454
Fax : 04-928 4456
E-mail: dppbankmuamalat@uum.edu.my

Office Hour

Our support Hotline is 

available 8 Hours a day

Sunday - Wednesday: 8.00am to 5.00pm

Thursday: 8.00am to 3.30pm

Weekend & Public: Closed

Rest: 1.00pm to 2.00pm

 

Kiraan Pengunjung

Today3
Yesterday23
This week150
This month576
Total2578