News

Jom Kurus Jom Sihat 2016

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

DPP Bank Muamalat: Satu program yang julung kali dilaksanakan oleh barisan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa DPP Muamalat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar UUM. Program Jom Kurus Jom Sihat 2016 yang dijalankan ini melibatkan seramai 36 pelajar UUM yang bersemangat mengurangkan berat badan dan meningkatkan tahap stamina untuk kekal sihat.

Program ini dijalankan selama sebulan bermula 15 March 2016 sehingga 29 April 2016. Semua aktiviti dijalankan pada Selasa dan Jumaat.

Aktiviti ini dipimpin oleh beberapa orang jurulatih cekap dan gigih untuk membantu para pelajar menurunkan berat badan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah tarian zumba, jogging di sekitar UUM, mendaki puncak Vista dan Futsal. Selain itu aktiviti seperti Flying Fox, Core tabata, menjelajah hutan Sintok dan berbasikal ke Bukit Tangga akan dijalankan tidak lama lagi.

"Memandangkan Malaysia mempunyai bilangan obesiti tertinggi di Asia, jadi program ini merupakan penyelesaian terbaik bagi para pelajar untuk mengurangkan berat badan melalui pengamalan gaya hidup sihat," kata Syazreen seorang jurulatih program ini.

Search

Dewan Penginapan

Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat,,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.

Tel: 04-928 4454
Fax : 04-928 4456
E-mail: dppbankmuamalat@uum.edu.my

Office Hour

Our support Hotline is 

available 8 Hours a day

Sunday - Wednesday: 8.00am to 5.00pm

Thursday: 8.00am to 3.30pm

Weekend & Public: Closed

Rest: 1.00pm to 2.00pm

 

Kiraan Pengunjung

Today3
Yesterday23
This week150
This month576
Total2578