News

Program Ayuh ke Surau(siri 1)

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PENGANJURAN  PROGRAM  AYUH  KE  SURAU (SIRI 1)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA  (UUM) – Program “Ayuh Ke Surau” bagi siri pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mac 2016 yang bertempat di surau laluan C. Program ini merupakan anjuran Biro Kerohanian di bawah Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) DPP Bank Muamalat yang akan tamat pada 26 Mei 2016 lengkap dengan enam buah siri kesemuanya. Siri pertama ini merupakan giliran blok AP4 portion A dan D namun penyertaan juga dibuka seluas-luasnya. Sambutan yang amat menggalakkan telah kita peroleh bukan sahaja daripada pelajar siswi DPP Bank Muamalat sendiri bahkan turut menerima penglibatan siswi daripada DPP Bank Rakyat serta DPP SME Bank dengan jumlah penyertaan seramai 81 orang.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengimarahkan surau laluan C melalui penglibatan siswi DPP Bank Muamalat itu sendiri. Aktiviti yang diadakan terdiri daripada solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, bacaan surah Yassin serta takzirah maghrib yang diketuai oleh pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Ustaz Zaree Bin Zakaria.

Search

Dewan Penginapan

Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat,,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.

Tel: 04-928 4454
Fax : 04-928 4456
E-mail: dppbankmuamalat@uum.edu.my

Office Hour

Our support Hotline is 

available 8 Hours a day

Sunday - Wednesday: 8.00am to 5.00pm

Thursday: 8.00am to 3.30pm

Weekend & Public: Closed

Rest: 1.00pm to 2.00pm

 

Kiraan Pengunjung

Today3
Yesterday23
This week150
This month576
Total2578